Wednesday, 18 November 2015

Latest design Muslimah4u

Assalamualaikum

Baju baru! Baju baru!!

Tiada luahan perasaan untuk entry kali ni
Sebab dah 3 kali saya mengarang luahan perasaan.
Tapi asyik hilang je

Ini bermaksud, Allah tak izinkan saya luahkan benda merapu.
Hehe..

Layan terus baju baru dari Muslimah4u ni ye.

Pertanyaan atau kemusykilan, tanye je Ayu Anida : 012-4496 396
Whatsapp / Telegram pun boleh.

Harga yang tertera belum ditolak sebarang diskaun.
Diskaun apa je yang ade?
Ha..usha2 entry sebelum2 ni ye.
Saya bukan night person,
So malam2 memang batery low dah ni. Huhu

Good night...zzz..

Wednesday, 11 November 2015

MADEENA : Tshirt Muslimah Murah Tapi Berkualiti

Assalamualaikum.
Sekarang Kluang tengah hujan.
Irfan dengan Zahrin tengah bersiap2 sebab nanti nak bertolak ke KL dan terus balik kampung.

Saya pulak sambil cuba tidurkan Danish, mengarang dalam blog.
Buka2 blog je, nampak berpuluh2 post tentang 'Selamat Hari Bapa' yang pernah saya ceritakan dulu.
Tension pun ada. Sebab fikir, mesti tetamu yangbdatang singgah fikir, apa la blog ni post benda sama. Huhu

Saya pun tak tau. Adakah itu virus atau ape. Hukhuk

Ok la. Dah delete semua post tu.
Kita fokus kepada kenapa saya nak mengarang tadi

Haa..ni nak announce design baru Madeena baru restock ni haaa...

Ok. Saya pulak nak bersiap.
Kang suami tercinta balik. Kitorang tak siap lagi..
Haa..ape nak jadi tak tau. Hehe
Jangan fikir suami saya baran pulak.
Dia penyabar. Lebih sabar dari saya.
Saya ni semua bende nak cepat.
Dia kata saya menggelabah.
Tapi saya kategorikan diri saya sebagai proaktif.
Kihkih..

Korang tengok la baju2 yang best ni.
Serious. Walau murah, tapi kualiti baik punya.
Saya kenal owner baju ni.
Dan die juga sumber inspirasi saya.
Bermula dengan jadi pemborong, sekarang dah ada jenama baju sendiri.
Jelesnye....

Ok. Ada kemusykilan, tanya je saya
012-4496 396
InsyaAllah, selain proaktif, saya juga friendly. Hehe

Wednesday, 4 November 2015

Berjalan ke Kok Lanas Kelantan

Day 1 (Kluang ke Kok Lanas)

Bertolak dari Kluang pukul 8 malam camtu.
Ke Ayer Hitam menuju ke Yong Peng dan terus ke Segamat.
Berhenti isi minyak di Caltex Chaah sambil set Waze.
Teruskan perjalanan dan berhenti di 7e Bandar Muadzam Shah. Topup roti2an dan tukar driver.

Sebabkan Irfan nak terkucil. Berhenti pulak di Petronas Muadzam Shah.
Wow! Apakah? Ade kek ala2 secret recipe dalam petronas tu.
Siap je semua melepaskan hajat, pam tayar.
Kite pergo cuci mata tengok kek yang tersusun indah.
Dapat la 2 slices. Chocolate cheese cake dan nuttela cheese cake.
Kitorang memilih untuk makan cake bawah khemah putih ditepi petronas.
Ok..not bad rase cake nye. Cuma kurang rase cheese. Hehe. Tapi macam biasa. Makan jugak nak sampai licin.

Dalam proses melicinkan kek tu, tiba2 ada lori buat reverse parking dekat tepi khemah kitorang duduk.
Terlanggar. Walaupun khemah dilanggar dengan slow..tapi khemah tu dah bergoyang nak roboh.
Situasinye kitorang still bawah khemah.
Apa lagi..bertempiaran semua lari.
Fuuhh..Alhamdulillah..selamat.

Kitorang pergi menuju ke kereta sambil simulut becok Irfan mengomel2.
Apa la lori ni. Langgar khemah pulak. Nak roboh khemah.
Mama secara positif jawab.
Dah Irfan. Pakcik tu tak nampak..
Si pakcik lori dengar. Sengih2. Lalu masuk balik lori.
Bukan sebab nak nyorok malu. Tapi betulkan lori die. Hehe

Perjalanan disambung semula. Dengan kereta dipandu Izzati.
Dah dikawasan LPT, Izzati cakap minyak nak habis ni.
Disebabkan kitorang ni julung2 kali je lalu LPT ni, tak tau la stesyen minyak berhampiran dekat mana.
So decide keluar exit Dungun.
Alhamdulillah, tanya2 dengan toll gate boy, dia cakap better masuk LPT balik. Keluar exit Bukit Besi. Ada Shell yang terdekat.

Kite ikut je cadangan pakar kan.
Masa keluar exit Bukit Besi memang plan nak tanye arah mane nak ke Shell terdekat tu.
Tapi sebab bayaran toll RM0.00 kitorang terkejut lalu lupa. Haha

So arah jalan kite guna je kaedah instinct.kihkih
Sambil2 komen masuk UPM keluar exit Kajang pun kena bayar. Ini kenapa pulak free. Sebab dekat sangat ke. Nada pèrak (hairan) di situ.

Jumpa da shell. Tapi minyak kat shell habis pulak...Ya Allah dugaan..
Perjalanan diteruskan kearah yang diterangkan oleh orang Shell untuk ke lokasi petrol pump seterusnya.
Tapi sebenarnye degil jugak. Pergi simpang lain sebab nak cuba stesyen minyak lain seperti yang dinyatakan oleh Waze. Tapi stesyen minyak dah tutup. So dah membazir 15 minit untuk pergi dan patah balik. Huhu

Perjalanan disambung dan berjumpa la dengan Petron.
Syukur Alhamdulillah, dapat isi minyak dan menyelesaikan beberapa perkara yang patut. Kihkih

Pertukaran pemandu. Suami pula yang drive. Kami masuk LPT semula melalui Ajil dan terus menuju Kuala Terengganu. Suami bergurau. Ntah2 free lagi toll.
Tak kan la...
Bayaran untuk Ajil ke KT hanya RM0.00.
Ada siapa2 boleh terangkan kenapa free?
Bukan saya tak suka free. Saya suka nak tau sebabnya. Sebab boleh share info dengan orang lain dan kita pun boleh grab opportunity tu lain kali. Kan kan

Kami berhenti solat Subuh di Masjid di Besut dan suami bersiap2 utk ke tempat kursus. Permandangan sangat cantik. Berlatar belakangkan bukit bukau dan awan yang cerah. Terasa kita bukan ditempat sendiri.

Melepasi pintu gerbang masuk ke Kelantan, suami mengisytiharkan dengan rasminya die dah sampai ke Kelantan buat pertama kali. Haha.. Dan kami terus menuju ke JKR Kuari Bukit Buloh dan tepat 8.30 kami sampai.

12 jam ye perjalanan kitorang. Normal ke tak normal tu lama macam gitu?
Lepas say good bye. Hati-hati dan selamat berkursus kepada suami, maka kitorang sambung perjalanan ke Homestay di Kok Lanas.

Check In dan mandi manda la kami bagi merehatkan badan..

Lepas Danish tidur, minta Izzati jagakan.
Sebab saya nak mencari mesin ATM. Menyelesaikan segala payment untuk order dari customer.
Baju yang ada pada supplier selamat dah di pos.
Stok baju yang ada pada saya, kene tunggu Ahad nanti baru boleh pos. Sebab hari Sabtu baru saya akan balik ke Kluang semula.

Yang penting, amanah dan harapan customer untuk menerima baju, saya kena selesaikan. Kecuali untuk kes2 saya ada diluar kawasan ni la.

Balik homestay, nak kira siapa ejen dengan jualan tertinggi bulan Oktober. Sekali dengan Komisen.
Dah janji nak bagi sehelai baju tapi dengan syarat, minimum jualan, 50 helai.
Bukan tak boleh nak bagi kalau dapat 10 helai pun, tapi kita nak bagi semangat. Usaha dan anda akan dapat setimpal usaha anda.
Lepas kira2 saya yang dapat jualan minimum 50 helai. Kihkih..
Tapi saya tak masuk bertanding. Extra komisen dan hadiah baju hanya untuk ejen dropship saya yang tersayang.

Suami call bagitau dah selesai kursus untuk hari ini.
Kami pergi ambil beliau. Tapau makanan. Balik dan berehat.
Suami saya kata die nak pergi jalan2 malam tadi. Izzati, Irfan dan Zahrin pun ikut.
Tapi saya tak tau diorang pergi ke tak. Sebab saya dah tertidur dan tak sedar apa2. Asalkan Danish pun tidur disebelah. Kihkih

Ok. Day 2 akan sambung kemudian ye..

P/s : Diorang berjalan rupanya malam tadi sampai ke PCB. Huhu
Gambar aktiviti dalam homestay je.
Tak berjalan lagi. Hehe