Monday, 26 January 2015

Taman Negara Tanjung Piai, Johor

Assalamualaikum...
HoHoHoo..
Entry kali ini ialah tentang perjalanan kami sekeluarga ke Taman Negara Tanjung Piai, Johor
Sejak duduk di Johor Bahru, kitorang memang plan untuk menjelajah kawasan sekitar..
Ye la, bile lagi nak pergi tempat jauh-jauh ni..
Kitorang pun masing-masing asal Teluk Intan, Perak dengan Sabak Bernam, Selangor..
So, kalau nak pergi jalan jauh-jauh ni..memang kena plan betul-betul la..

Kali ni, kitorang pergi Tanjung Piai..
Ok, Mula-mula memang bayangkan macam tempat paya bakau kat Lumut yang banyak beruk tu..
Bawah ni ialah antara gambar di Taman Paya Bakau, Lumut

Taman Paya Bakau, Lumut Perak

Monyet-monyet yang macam geng je..huhu
 Itu yang kat Perak. Memang dah pergi dari kecik. Asal pergi Teluk Batik je, mesti singgah..
Tapi last pergi tahun 2011 dah banyak improvement..

Ok, ini nak cerita pasal Tanung Piai. Monyet kat sini behave..tak de pun nak mintak-mintak makanan..memang bagus la

Ok. Apa yang best sangat dengan Tanjung Piai ni??
Tanjung Piai ni merupakan tanah paling selatan di Benua Asia.
Benua asia kan besar..kite nak pergi point atau kawasan yang paling selatan ni..

Cara nak ke Tanung Piai ni, kitorang berpandu kan Mr Waze je..
Tapi senang jugak nak pergi, ikut je signboard.
Kawasan ni pun dah jadi Taman Negara, dan banyak pemuliharan yang telah dilakukan.

Ok, sampai-sampai je, untuk mencukupkan syarat, kita bergambar kat pintu masuk dulu ye
Pintu depan Tanjung Piai
Tiket masuk Dewasa ialah RM5. Manakala kanak-kanak masuk FREE..
Budak-budak sekolah lupe pulak berapa. Lebih kurang RM2 atau RM3 seorang macam tu..

Masa beli tiket tu, receptionist bagitau yang kawasan mercu tanda kawasan paling selatan ada berlaku kerosakan.
Dan kawasan tu ditutup..Boleh tengok dari jarak 100m je..
Kitorg takde la nak patah balik rumah..dah sampaikan. Masuk je la..hehe

Ok. ini antara gambar yang dapat ditangkap..
Kitorang ni masing-masing bukan la suke menngkap gambor..
Tapi jadi tukang posning je suka..hehe
Layankan aje gambar-gambar ni seadanye..

Laluan untuk menikmati panorama
 Tempat pertama kitorang pergi ialah menara tinjau..
Tapi maap la..takde gambor..
Yang tak gayat cuma Encik Suami je..kuikui
Sampai atas kaki dah terketor..nak bergambar memang tak mampu..
Zahrin, papa tolong dukung..sebab tangga memang agak menakutkan (zahrin pun ikut mama yang gayat kot..huhu)
Irfan pulak mama pimpin bersama baby yang dalam perut..kuikui..
Tapi kepada yang tak gayat..pemandangan memang menenangkan dan damai
Zahrin yang baru setuju nak jalan sendiri.

Antara tempat-tempat yang best bergambar

Nuun..disitu mercu tanda kawasan paling selatan di benua asia..
 Jeles jugak tengok gambar orang lain kat mercu tanda tu. Tapi dah takde rezeki kan..dah sampai pun kire cukup bersyukur. Alhamdulillah..

Bersama hero-hero mama


Gambar berlatar belakangkan Selat Johor
 Sebenrnye, banyak infrastruktur yang dah rosak waktu kitorang ke sini..
Laluan sepanjang pantai juga ditutup. Sebab berlaku hakisan ombak.
Kalau boleh lalu, memang lagi cantik..
Kawasan memancing yang di Selat Melaka pun ditutup sebab berlaku kerosakan..
Kiranya, bila di Tanjung Piai, kita boleh lihat kedua-dua Selat Johor dan Selat Melaka

Tapi penat jugakla berjalan..
Boleh terbakar la beberapa kalori..
Dan sesuai untuk exercise bagi mudah bersalin. haha
Zahrin pun tak larat..asyik nak kena dukung,.
So, menambahkan ketidak laratan kitorang ni ha..
Kawasan jeti kitorang terpaksa skip..huhu

Duduk rehat..memang penat

Dah settle semua..
Kitorang makan aiskrim sorang seketul..
Irfan dengan pebret eskrim paddle pop
Zahrin pulak dengan pebret die..Magnum atau yang seangkatan..

Lepas siap makan aiskrim, baru nampak monyet..
Excited betul Irfan dengan Zahrin ngejor monyet..Takut kena kejar balik je..huhu
Kitorang sempat tanya tempat makan best di Tanjung Piai kepada pekerja Taman Negara.
Die suggest kat resort atau Restoran Johor Riau

Kitorang pergi Resort yang dekat situ dulu.
Nampak macm takde kemeriahan makan-makan pun..
Kitorang pergi dekat Restoran Johor Riau.
Ok, kitorang je customer yang ada..
Dah order semua..baru orang semua datang..ramai jugak..
Alhamdulillah kitorang sampai dulu

Gambar takde la..
Satu hidangan sampai..lesap..
Sampai lagi..lesap..
Haha..Lapor gilerr!!!

Apa-apa pun memang best trip kali ni.
Yeay!! sampai juga ke Tanjung Piai..
Boleh la nak bagitau orang kampung yang kitorang dah sampai Tampat paling selatan die Benua Asia

-Sekian-

No comments: