Tuesday, 3 October 2017

Baju Muslimah Extra Big Size (Raesya)

Assalammualaikum..
Dah lama pulak Blog ni senyap je..
Bukan sebab Butik Online Aymanz dah slow ye
Tapi sebab terlalu aktif di instagram, whatsapp broadcast dan dah jadi vendor,
Tak menang tangan pulak rasanya.
Alhamdulillah.. Alhamdulillah

Itu maksudnya, baju muslimah ni dah terpahat di ramai hati-hati para muslimah.

Seronoknya bila kita memudahkan ramai wanita berpakaian sopan dan pada masa yang sama, cantik dan selesa.

Haa..sudah..
Kalau dah start sembang..
Mula la macam-macam nak cerita. Haha
Sedangkan asalnya nak tunjuk baju baru

Banyak yang dah ketinggalan tak update dekat blog, boleh singgah di Instagram dan facebook Butik Online Aymanz.
Dan kalau nak masuk dalam senarai Eksklusif BOA, boleh whatsapp Ayu ye (012-4496 396)

Kita tak masukkan dalam group.
Merepek tu group2 tu.
Banyak sangat group, rimas la jugak kan..haha
Kita masukkan dalam list broadcast.
Maksudnya, siapa2 yang dalam list, kita akan whatsapp personally gambar-gambar baju terbaru.

Idak la kalau ada 10 gambar, puan-puan kena download 10 gambar.
Buat ngabih data orang Perak kate..
Kihkih..

Kita edit bagi simple, mudah nak tengok gambar baru.
Haa..jimat data di situ kan...hehe

Ok ok..
Saya ni nak share gambar baju extra size ni

Baiklah
Sila layan kan...

Tuesday, 22 August 2017

SAYA BEKERJA. MACAM MANA NAK BERI SUSU IBU?

Perkongsian kali ini, berkaitan cara pengurusan susu ibu untuk Ibu-Ibu bekerja.

InsyaAllah, tak susah.
Sebab kegigihan ibu-ibu untuk beri yang terbaik kepada bayi memang tak dapat disangkal.

Seperti biasa, saya bukan kongsikan manual pengurusan susu ibu.
Sebab ibu-ibu semua boleh cari di blog, group atau website. Semua dihujung jari.

Saya hanya kongsikan pengalaman dan cara saya menguruskan susu untuk anak saya 😊

-------------------------------------
BERAPA KALI PAM SEHARI?
- Office hour saya dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang.
- Saya pam susu 2 kali. Pada pukul 9:30 pagi & 3:30 petang. (Waktu tak tetap ikut jadual kelas)

DAH PAM SUSU, PUKUL BERAPA BAGI ANAK MINUM DIRECT?
- Tak ada jadual pukul berapa. Bila baby nak minum, bagi je.
- Lagi kerap lagi bagus. Sebab InsyaAllah lagi banyak baby hisap, lebih banyak penghasilan susu.

BEKAL SUSU DEKAT PENGASUH NAK BAGI YANG MANA?
- Hari Isnin, saya beri susu yang di pam hari Jumaat
- Hari Selasa, beri susu yang di pam hari Isnin.
- Maksudnya, beri susu yang dipam pada hari sebelumnya.
- Kecuali hari Isnin. Sebab saya takde kekuatan dan kerajinan untuk mengepam di rumah😜
- Kita beri pada pengasuh dalam bekas/botol untuk sekali minum.
- Elakkan minum semula susu yang dah dipanaskan pada awalnya. Sebab susu ibu sangat sensitif kepada perubahan suhu. Dia akan jadi tak segar dan tak elok untuk bayi.
- Jadi, kalau ada rezeki hasil pam berlebihan pada hari tersebut, terus simpan dibahagian beku untuk jadikan stok.

MACAM MANA NAK HASILKAN SUSU YANG BANYAK?
- Ibu-ibu boleh makan supplement yang ada banyak dipasaran sekarang.
- Disebabkan saya suka & kuat makan, Saya lebih suka makanan semula jadi.
- Contohnya; sup lobak putih dan sup sawi. Sangat serasi dengan saya. Ada yang tanya saya, lobak putih blender jadikan jus ke? Tanpa masak?
- Saya terfikir, mesti yek yek rasanya. Hehe..jangan marah ye..
- Tak lalu la pulak kalau blender jadi jus. Buat sup lagi sedap dan boleh diterima 😊

DAN EXTRA TIPS
1. Semasa mengepam, boleh tengok video keletah baby kita.
- Tak tau la kenapa, chemistry nya, susu makin mencurah-curah. Memang faktor fisiologi dan psikologi mempengaruhi penghasilan susu.
2. Habis sesi mengepam menggunakan alatan mesin, walaupun macam dah kosong, cuba guna tangan pula.
InsyaAllah, kita akan terkejut.
Eh, dari mana susu ni keluar lagi? Hehe..

Setakat ini sahaja perkongsian kali ni.
Kalau ada soalan-soalan lain, boleh ajukan kepada saya.
Nanti saya share dan InsyaAllah, diharap ramai dapat manfaatnya. 😉

-Ayu Anida-

Monday, 21 August 2017

Macam mana ni? Bayi tak nak susu ibu

Cabaran 1 : Bayi tak nak menyusu dengan ibu. Lagi suka guna botol, puting tiruan.
Cabaran 2 : Susu tak ada, bayi menangis tak cukup susu.

Pernah tak alami cabaran-cabaran ni?
Atau kenal kawan atau saudara yang mengalaminya..

Sebab saya selalu dengar dan hampir mengalaminya waktu anak ketiga dimasukkan ke dalam NICU

Lepas bayi lahir dan dimandikan, saya terus tak berpeluang pegang bayi saya apatah lagi menyusukan.

Macam yang kita sedia maklum, pengeluaran susu juga bergantung kepada bayi.
Kalau bayi tak menyusu, maka susu pun tak ada.

Bayi saya perlu berpuasa selama 1 hari selepas dilahirkan untuk memantau tahap kesihatannya.

Saya nak juga pam dan supply susu.
Tapi tak berjaya. Tak ada hasil yang boleh diberikan. Sedih. Memang sedih sangat.

Jadi penggunaan fm diperlukan.
Itu, NICU sediakan.
Walau macam mana pun jangan kita sekali-kali beri susu tersebut melalui botol & puting tiruan.
Gunakan sudu atau apa saja alat suap susu bayi yang ada.
Tapi bukan botol dan puting tiruan ye.

Dan kita juga perlu beri bayi menyusu secara langsung/direct.
Walaupun tak ada susu yang keluar. Beri bayi minum juga.
Macam kita tau kan..pengeluaran susu bergantung kepada permintaan bayi.
Tiada permintaan, maka tiada susu.

Bila bayi dah mula nak nangis sebab tak dapat pun minum susu.
So baru beri fm menggunakan sudu.

InsyaAllah, lama kelamaan, kita akan mula menghasilkan susu

-Ayu Anida-

Saturday, 19 August 2017

PENYUSUAN SUSU IBU : JANGAN PUTUS ASA

Assalammualaikum.
Pada hari Jumaat yang lepas, saya ada memberi sedikit perkongsian di klinik, sempena Minggu Penyusuan Sedunia (World Breastfeeding Week).

Perkongsian saya sangat ringkas pada waktu itu kerana masa yang sangat singkat dan tiada persediaan.
Memang tak disangka. Adhoc sungguh Hehe 😅

Yang penting, saya harap apa yang saya sampaikan dapat difahami dan diterima oleh para ibu dan bakal ibu pada waktu itu.

Alhamdulillah kepada ibu-ibu yang berjaya menyusukan bayi secara ekslusif.
Tidak kurang juga, ada ibu-ibu yang mengalami cabaran bukan sahaja kepada ibu dengan anak sulung.
Tetapi, kalau sudah dikatakan cabaran, ada juga anak lima pun masih mengalami kekangan sebegini.

Rata-rata cabaran atau masalah utama yang kita dengar adalah disebabkan oleh faktor susu ibu tidak ada.
Atau kurang susu.

Ye, kita ada makanan​ tambahan (supplement) dan makanan semulajadi (contoh; sayuran) yang dapat membantu menambahkan pengeluaran susu.

Walaubagaimanapun, bagi saya, perkara paling penting ialah
JANGAN PUTUS ASA!!
NEVER GIVE UP!!

Semangat kita yang sebenarnya menentukan tindakan yang akan diambil.
Selain itu, sistem badan kita pun akan faham dengan kesungguhan kita.
Dan ingat, stress adalah musuh utama kita.
Bukan sahaja akan menyebabkan pelbagai penyakit.
Susu pun segan nak keluar sebab ibu tertekan.

Ingat ya ibu-ibu..
JANGAN PUTUS ASA
NEVER GIVE UP
InsyaAllah ada rezeki untuk anak-anak kita nanti.

Dan InsyaAllah saya akan kongsikan lebih banyak lagi pengalaman saya dalam dunia penyusuan.
Untuk ibu-ibu bekerja, suri rumah dan ibu yang bekerja di rumah
Sebab ketiga-ketiga versi ni saya pernah alami.

Apa yang bakal saya kongsikan, mungkin bukan SOP yang dikatakan TERBAIK untuk semua orang.
Tetapi lebih kepada pengalaman saya yang mungkin diolah mengikut kesesuaian keadaan saya.

Untuk ibu-ibu juga, SOP atau teknik ini hanya panduan atau guide sahaja tau.
Selebihnya, bergantung kepada kesesuaian kita sendiri.

Sekian buat masa ini.
InsyaAllah kita jumpa lagi di perkongsian seterusnya
Assalammualaikum
Terima kasih :)

-Ayu Anida-

Tuesday, 28 February 2017

EMPAT (4) TIP UNTUK IBU-IBU MEMILIH #BAJUMENYUSU YANG SELESA UNTUK IBU DAN BAYI

EMPAT (4) TIP UNTUK IBU-IBU MEMILIH #BAJUMENYUSU YANG SELESA UNTUK IBU DAN BAYI
--------------------------------------------------------------------------

1. Pilih design yang digemari. Sama ada baju muslimah, jubah, baju kurung atau blouse

2. Pilih material fabrik yang lembut dan stretchable.

i. Fabrik lycra sejuk dan selesa. Fabrik lycra ada yang nipis, lembut dan tebal. Ada ibu-ibu yang tidak berani menggunakan fabrik lycra kerana boleh mengikut bentuk badan. Tidak semua fabrik lycra begitu. Boleh tanya peniaga jenis fabrik lycra yang digunakan.

ii. Fabrik 100% cotton sejuk, selesa dan serap peluh. Sesuai untuk ibu dan bayi yang sensitif. Fabrik cotton ini juga ada yang tebal, sederhana tebal dan nipis. Bergantung kepada keselesaan ibu-ibu. #Tshirtmuslimah di pasaran sekarang banyak jenis potongan A dan tidak mengikut bentuk badan

3. Pilih bukaan menyusu yang paling sesuai dengan anda. Ada jenis butang, zip dan selak. Untuk jenis selak juga ada pelbagai design sama ada jenis cardigan atau selak keluar. Tanya peniaga dengan lebih lanjut sebelum membuat keputusan.

4. Khas untuk ibu-ibu yang membeli secara online. Kalau risau baju tidak padan dengan badan dan tidak yakin untuk bergantung dengan carta ukuran, jangan segan minta ukuran baju sebenar daripada peniaga. Baru puas hati.

---------------------------------------------------------------------------------
KHAS UNTUK IBU-IBU YANG MASIH MENCARI #BAJUMENYUSU YANG SELESA, SEJUK DAN SERAP PELUH DIWAKTU SUHU MALAYSIA YANG PANAS INI
---------------------------------------------------------------------------------

Butik Online Aymanz menyediakan pelbagai pilihan #bajumenyusu beserta konsultasi untuk memilih baju menyusu yang paling sesuai untuk anda.

Ramai pelanggan yang sangat berpuas hati dengan kualiti baju yang diterima dan semestinya layanan mesra daripada kami.

-----------------------------------------------
NAK ORDER SEKARANG?
WHATSAPP 012-4496 396 (Ayu Anida)

-----------------------------------------------
BONUS untuk Puan.
------------------------------------------------

* Puan akan dapat kad diskaun dan boleh digunakan untuk menerima 10% potongan semasa pembelian seterusnya.

* Perkongsian testimoni dari Puan juga sangat kami hargai dan kami akan beri Puan tambahan baucer diskaun sebagai penghargaan.

* Paling best, kami menawarkan layanan eksklusif kepada setiap pelanggan kami, termasuk Puan.

Nak ORDER? WHATSAPP SEKARANG!

WHATSAPP 012-4496 396 (Ayu Anida)
WHATSAPP 012-4496 396 (Ayu Anida)
WHATSAPP 012-4496 396 (Ayu Anida)

Kami memahami kerana kami juga ibu yang menyusukan bayi seperti anda

Sunday, 5 February 2017

Baju Sukan Muslimah

Assalamualaikum..
Seronok nya bersukan..
Saya paling suka bersukan.
Terlalu aktif bersukan dulu-dulu,
Sekarang dah tak..
Kelebaran Badan pun sukar dibendung.
Siapa alami konflik yang sama dengan saya, boleh angkat keping. Hehe..

Sukan, sukan juga.
Keselesaan pemakaian pun kena jaga.
Kita ni, bukan takat selesa.
Cantik pun perlu. Kan kan

Kita dah buka preorder untuk 2 design dari jenama berbeza.
Yang kedua2 nya memang sama-sama best.
Kain cotton premium. Sejuk dan selesa.
Nak sesondon dengan suami atau Cikgu lelaki pun boleh.

Alamak. Anak kita dah panggil.
Kita share gambar baju cepat-cepat ye.
Apa-apa, boleh contact je Ayu
012-4496 396