Tuesday, 22 August 2017

SAYA BEKERJA. MACAM MANA NAK BERI SUSU IBU?

Perkongsian kali ini, berkaitan cara pengurusan susu ibu untuk Ibu-Ibu bekerja.

InsyaAllah, tak susah.
Sebab kegigihan ibu-ibu untuk beri yang terbaik kepada bayi memang tak dapat disangkal.

Seperti biasa, saya bukan kongsikan manual pengurusan susu ibu.
Sebab ibu-ibu semua boleh cari di blog, group atau website. Semua dihujung jari.

Saya hanya kongsikan pengalaman dan cara saya menguruskan susu untuk anak saya 😊

-------------------------------------
BERAPA KALI PAM SEHARI?
- Office hour saya dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang.
- Saya pam susu 2 kali. Pada pukul 9:30 pagi & 3:30 petang. (Waktu tak tetap ikut jadual kelas)

DAH PAM SUSU, PUKUL BERAPA BAGI ANAK MINUM DIRECT?
- Tak ada jadual pukul berapa. Bila baby nak minum, bagi je.
- Lagi kerap lagi bagus. Sebab InsyaAllah lagi banyak baby hisap, lebih banyak penghasilan susu.

BEKAL SUSU DEKAT PENGASUH NAK BAGI YANG MANA?
- Hari Isnin, saya beri susu yang di pam hari Jumaat
- Hari Selasa, beri susu yang di pam hari Isnin.
- Maksudnya, beri susu yang dipam pada hari sebelumnya.
- Kecuali hari Isnin. Sebab saya takde kekuatan dan kerajinan untuk mengepam di rumah😜
- Kita beri pada pengasuh dalam bekas/botol untuk sekali minum.
- Elakkan minum semula susu yang dah dipanaskan pada awalnya. Sebab susu ibu sangat sensitif kepada perubahan suhu. Dia akan jadi tak segar dan tak elok untuk bayi.
- Jadi, kalau ada rezeki hasil pam berlebihan pada hari tersebut, terus simpan dibahagian beku untuk jadikan stok.

MACAM MANA NAK HASILKAN SUSU YANG BANYAK?
- Ibu-ibu boleh makan supplement yang ada banyak dipasaran sekarang.
- Disebabkan saya suka & kuat makan, Saya lebih suka makanan semula jadi.
- Contohnya; sup lobak putih dan sup sawi. Sangat serasi dengan saya. Ada yang tanya saya, lobak putih blender jadikan jus ke? Tanpa masak?
- Saya terfikir, mesti yek yek rasanya. Hehe..jangan marah ye..
- Tak lalu la pulak kalau blender jadi jus. Buat sup lagi sedap dan boleh diterima 😊

DAN EXTRA TIPS
1. Semasa mengepam, boleh tengok video keletah baby kita.
- Tak tau la kenapa, chemistry nya, susu makin mencurah-curah. Memang faktor fisiologi dan psikologi mempengaruhi penghasilan susu.
2. Habis sesi mengepam menggunakan alatan mesin, walaupun macam dah kosong, cuba guna tangan pula.
InsyaAllah, kita akan terkejut.
Eh, dari mana susu ni keluar lagi? Hehe..

Setakat ini sahaja perkongsian kali ni.
Kalau ada soalan-soalan lain, boleh ajukan kepada saya.
Nanti saya share dan InsyaAllah, diharap ramai dapat manfaatnya. 😉

-Ayu Anida-

No comments: