Tuesday 25 March 2014

Pertukaran Nama Blog

Assalamualaikum..

Pengumuman.
Dengan ini secara rasminya, Blog Japcottononline telah bertukar nama kepada Butik Online Aymanz..
Yay!! akhirnya berjaya juga. Jenuh la nak update.
Nak ikutkan mudah je..
Tapi kekangan masa memang sangat mencabar..huhu

Japcottononline dulu dapat nama sebab berkaitan dengan Kain Cotton Jepun
Sekarang dah bidang Baju Muslimah, so kena la tukar nama dalam surat beranak..hehe

Sebab saya rasa saya boleh berkongsi lebih banyak kebaikan dengan lebih ramai orang melalui baju muslimah ni:

1. Untuk yang menyusukan bayi - Pengalaman sendiri. Jenuh nak selak baju sampai berkedut pulak tu.

2. Pregnant lady - Pengalaman sendiri juga. Terpaksa officemate ikut merata tempat nak cari baju yang selesa. Thanks GMJ geng..

3. Baju yang selesa dan tak panas. Tp for sure nak cantik juga - Pengalaman sendiri sebab sangat pemanas orangnye. kuikui

4. Dah ada baju nak cari seluar pulak - So keluar idea baju set dengan palazzo yang lagi menjimatkan

5. Pening pikirkan hadiah untuk orang - Servis membalut sebagai hadiah beserta kad ucapan yang 100% PERCUMA. I Like.. terpikir sebab pernah hadiahkan kat orang secara online. Tapi tak balut takde kat..kurang chomell...

Blog ini juga meyediakan wardrobe mengikut category. Supaya memudahkan anda semua..
Tak mau serabut-serabut ye..



Terima Kasih
012-4496 396
aymanzparadigm@gmail.com
www.facebook.com/butikonlineaymanz

Monday 10 March 2014

Ya ALLAH, Selamatkanlah MH 370 dan semua yang terlibat

Ya ALLAH.. hari ini sudah masuk hari yang ketiga
Ketemukanlah mereka Ya ALLAH..
Sabarkan dan Tabahkanlah hati ahli keluarga mereka Ya ALLAH..
Hanya Engkau sahaja yang menentukan segalanya..
Hanya dengan kehendakMu sahaja segala sesuatu itu berlaku..
Ampunilah dosa kami Ya ALLAH..