Saturday 22 October 2016

FLASH SALE (22-31 Oktober 2016)

FLASH SALE!!
22-31 Oktober 2016
.
Limited Time & Limited Stock
Semua saiz sama harga
FREE POSTAGE
.
Soalan, Booking & Order 👉 012-4496 396 (Ayu Anida)
.
Koleksi Flash Sale 👉 #flashsaleboa
.
#bajumuslimah #bajumuslimahmurah #promosibajumuslimah

Wednesday 12 October 2016

Ye, Saya berasal dari Hutan Melintang dan Saya Tak Malu Tentang Itu

Assalamualaikum..
Mesti ada yang tertanya-tanya
Eh...pasal apa pula ni..??

Gara-gara saya terima satu pernyataan
Atau mungkin pendapatan yang saja nak berbasi-basi
Bunyi nya macam ini

'Sepatutnya Hutan Melintang ni tukar nama kan.
Bandar Melintang.
Orang ingat, orang-orang dekat sini tinggal dalam hutan'

Telinga dah pedih dengar
Dah berasap berdesing-desing..
Saya cuma balas

'Orang asal sini tak malu pun. Orang lain pula yang malu'

Hmm...rasanya cukup padat dan padu jawapan tu.
Sebab tak ada dengar hujah balasan.
Mati sahaja setakat itu.

Perlukah sesebuah tempat dan kawasan perlu diubah nama,
Semata-mata nak nampak maju
Nampak best..

Setiap nama kawasan itu, ada sejarahnya.
Kita sepatutnya bangga dan hormati nama-nama yang dah diberi.
Memang kelakar kadang-kadang nama tu.
Tapi di situ keunikannya..
Di situ ada sejarah peristiwa bagaimana tempat itu mendapat nama

Bukan bermaksud nama nya HUTAN..
Masyarakatnya duduk di hutan sehingga kini.
Macam mana dengan Sungai, Parit, Batu
Semua masih duduk zaman kuno ke?
Tidak kan..?
Jadi, hormatilah..

Macam mana dengan nama Georgetown, Butterworth??
Oh...itu nama orang putih bagi..
Maju...hebat...bangga penduduknya
Itukah pemikiran kita?
Itu yang kita agung-agungkan
Mungkin ini yang dikatakan, fikiran yang masih dijajah
Malu dengan asal nama tempat sendiri
Tapi berbangga dengan perkara-perkara yang 'kebandaran'

Ye..itu bukan saya.
Saya orang kampung
Alamat IC saya dari darjah 6 sampai sekarang ada perkataan 'Hutan Melintang'
Dan kalau di kira sekali Surat beranak, sejak lahir saya kira..
Saya tak malu, malah saya bangga
Ikan-ikan yang segar, hasil bumi yang mewah dan udara yang segar

Dan yang lebih penting..
Di sini lah asal usul saya
Di sini lah keluarga saya
Di sini lah sanak saudara saya
Di sini lah kawan dan sahabat saya
Di sini lah juga saya belajar ABC dan mengenal dunia

Tidak perlu asal orang pekan atau bandar untuk menjadi 'seseorang'

Saya Ayu Anida
Penjual Baju Muslimah dan Menyusu

Tuesday 11 October 2016

Baju Menyusu Madeena, Riena Muslimah dan Baju Muslimah Jameela

Assalamualaikum...
Bersiaran kita kali ni, tak dapat nak berceloteh panjang-panjang

Kita kasi share terus baju hari ni ye.
Dua baju Jameela yang menjadi kegemaran ramai
Dua baju Madeena hot item terlajak laris yang kita restock
Satu baju Riena Muslimah yang ada color yang bisa menggugat daya tahan diri

Kihkih...
Kesimpulannye..
Kita memang suka share bende-bende yang best je..
Haa...stock tengah ada ni...
Cepat-cepat kalau nak book

Kalau lambat..terpaksa terima kata maaf dari saya..
'Maaf, baju sis nak dah habis licin..'
Lebih kurang gitu la ayat nye..

Walaupun anda semua membalas dengan icon sedih meleleh air mata 😢😢😭😭
Saya tetap juga tak dapat nak merampas semula baju yang telah dibeli orang hanya untuk anda..

Maka..hanya dendangan pantut dua kerat ni saje yang dapat saya titipkan
'Pat pat nye nye, Siapa cepat dia punya'

Sekian celoteh petang saya.
Sila layan cuci Mata 5 design HOT ni ye.
Pertanyaan atau aduan, sila Whatsapp/ contact Ayu
👉👉 012-4496 396