Friday 31 July 2015

Cerita Viral Fever Semalam

Assalamualaikum..
Cerita pengalaman semalam.
Baby Danish start demam dari ari Sabtu, Isnin, Selasa dan Khamis.
Demam on off.
Saya tak bagi makan ubat sebab Danish baru 3 bulan.
Just control temperature die dengan mandi, pilihan baju yang sejuk dan lap & balut dgn kain lembab.

Tapi hari khamis semalam badan Danish penuh ruam.
Perasan dari malam sebelumnye ade bintik merah dekat tapak kaki.
Ingatkan sebab effect letak bawang putih kat kaki Danish.
Sekali pagi khamis tu nampak penuh ruam. Cuak la.
Terus decide bawak Danish pergi KKIA.
Minta husband balik jage dua lagi hero. Kalau bawak mesti lagi serabut..huhu

Masa bersiap terus sambar baju muslimah nursing friendly + instant shawl from Miss Wish.
Semua pakaian & shawl tak payah iron. Jimat masa

Dekat KKIA masuk ubat kat punggung dan ambil darah.
Alhamdulillah darah ok. Takde denggi atau apa2 yang memudaratkan.
Tapi still kene pergi hospital sebab demam dari sabtu dah total 6 hari. Walaupun on and off

Dah sambil menunggu dekat bahagian emergency hospital, Danish nak santap.
Nak cari nursing room kat mane? Dengan tengah tunggu giliran + ramai orang sangat2.

Alhamdulillah dipermudahkan lagi.
Instant shawl boleh adjust labuh.
Baju memang nursing friendly.
Santap aje la baby dekat ruangan menunggu tu.

Yang penting anak mama selesa + mama pun selesa.
Sempat lagi ada orang tegur macam umur 20an.
Auuww..setiap kali mama pakai shawl ni, ada je orang tegur muka look young giteeww..

Doktor diagnos Danish Viral Fever.
Lagipun abang2 die pun batuk + selsema + demam juga.
Name pun abang2..diorang pun dah sihat.

Balik rumah je..macam2 aduan diterima daripada abang2 ni. Antare yang menarik

Aduan Irfan -
Mama, Abang tak makan ubat batuk lagi ni.
Abang dah bagitau Papa.
Papa ingatkan Abang nak minum air je.

Aduan Zahrin -
Zahrin : Mama..tadi Adik nangiss. Adik nak Mama..
Mama : Zahrin nangis kuat ke
Zahrin : Kuat. Ngee..ngeee..(sambil buat gaye)
Mama : Papa cakap ape. Pujuk tak?
Zahrin : Papa cakap. Pupuk nak?
Mama : Abang cakap ape?
Zahrin : Abang cakap. Sayang Adik

Setelah diselidik cerite Zahrin
Komen Papa : Ntah lupa
Komen Irfan : Mane ade Irfan cakap macam tu

Macam2 la Aiman semua ni. Tak kisah yang besar kecik atau baby.
Semuanya kesayangan Mama

P/s : Sorry gambar outfit semalam tak snap pun.
Mane la sempat nak selfie2..hehe

Tuesday 28 July 2015

MADEENA Baju Muslimah Value For MONEY

Assalamualaikum.
Lama sangat menyepi..
Lepas-lepas raya ni, anak2 masuk acara demam berganti2.
Harini sepatutnya Danish cucuk utk 3 bulan. Kena la pospone.. Huhu kesian anak2 mama

Rumah yang dicari2 di Kluang pun, Alhamdulillah dah jumpa.
Terima kasih kepada ramai yang membantu dalam proses pencarian tu. Hehe..
Kembali la proses untuk mengemas2 lagi.
Sejak kahwin dalam masa 5 tahun ni, ini rumah yang ke-4 dah. Haha..
Takpela..bila lagi kite nak tengok tempat orang kan. Anak2 pun belum sekolah..boleh la nak pakai hangkut sane sini..

Untuk lembaran baru ni, saya share baju Jenama Madeena.
Cantik. Selesa. Murah
Haa..best gitu kan.
Harga yang tertera seperti biasa, belum termasuk DISKAUN ye.
1 - 10% DISKAUN : yang memiliki Kad diskaun Butik Online Aymanz
2 - 20% DISKAUN : Special utk hari lahir anda. So cepat2 register birthday ke 012-4496 396. Takut birthday terlepas, kene la tunggu tahun depan
3 - 20% DISKAUN : Pembelian borong minimum 10 item pos ke 1 alamat.

Jom cuci mata

Saturday 4 July 2015

Jenama Baju Muslimah Baru : Madeena

Assalamualaikum.

Pengumuman! Pengumuman!!
Ada satu lagi jenama baju yang juga menawarkan harga yang mampu milik.
Material sama, tshirt cotton.
Yang pastinya selesa.

Untuk design batch yang pertama, ada 3 warna sebagai pilihan.
InsyaAllah kalau sambutan menggalakkan, pasti banyak lagi design yang akan dikeluarkan.
Demi memenuhi kehendak pelanggan. Tak gitu..? Harus la begitu. Hehe

Seperti biasa, harga yang tertera ialah normal price.
Belum ditolak dengan sebarang diskaun
DISKAUN 10%  : Guna kad diskaun
DISKAUN 20 % : Sebagai hadiah hari lahir
DISKAUN 20% : Pembelian borong, minimum 10 helai (boleh campur design dan jenama) pos ke 1 alamat

Ada sedikit tanda tanya di dalam hati?
Boleh whatsapp/telegram Ayu Anida : 012-4496 396

Wednesday 1 July 2015

MASALAH BLOG POSTING SENDIRI. VIRUS KE??

Assalamualaikum.
Waarrgghh..!!
Kenapakah??
Kenapa Ucapan Father's Day tahun lepas (2014) ni repeat posting
Sehari entah berapa kali die asyik post sendiri.
Takde pulak setting scheduled posting
Siap dah delete pun post tahun lepas tu.

Tapi kenape die asyik berulang dan masih berulang.
Siapakah orang yang arif untuk minta tunjuk ajar.
Adakah ini kerja Virus??
Oh Tidak..!!