Tuesday 22 August 2017

SAYA BEKERJA. MACAM MANA NAK BERI SUSU IBU?

Perkongsian kali ini, berkaitan cara pengurusan susu ibu untuk Ibu-Ibu bekerja.

InsyaAllah, tak susah.
Sebab kegigihan ibu-ibu untuk beri yang terbaik kepada bayi memang tak dapat disangkal.

Seperti biasa, saya bukan kongsikan manual pengurusan susu ibu.
Sebab ibu-ibu semua boleh cari di blog, group atau website. Semua dihujung jari.

Saya hanya kongsikan pengalaman dan cara saya menguruskan susu untuk anak saya 😊

-------------------------------------
BERAPA KALI PAM SEHARI?
- Office hour saya dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang.
- Saya pam susu 2 kali. Pada pukul 9:30 pagi & 3:30 petang. (Waktu tak tetap ikut jadual kelas)

DAH PAM SUSU, PUKUL BERAPA BAGI ANAK MINUM DIRECT?
- Tak ada jadual pukul berapa. Bila baby nak minum, bagi je.
- Lagi kerap lagi bagus. Sebab InsyaAllah lagi banyak baby hisap, lebih banyak penghasilan susu.

BEKAL SUSU DEKAT PENGASUH NAK BAGI YANG MANA?
- Hari Isnin, saya beri susu yang di pam hari Jumaat
- Hari Selasa, beri susu yang di pam hari Isnin.
- Maksudnya, beri susu yang dipam pada hari sebelumnya.
- Kecuali hari Isnin. Sebab saya takde kekuatan dan kerajinan untuk mengepam di rumah😜
- Kita beri pada pengasuh dalam bekas/botol untuk sekali minum.
- Elakkan minum semula susu yang dah dipanaskan pada awalnya. Sebab susu ibu sangat sensitif kepada perubahan suhu. Dia akan jadi tak segar dan tak elok untuk bayi.
- Jadi, kalau ada rezeki hasil pam berlebihan pada hari tersebut, terus simpan dibahagian beku untuk jadikan stok.

MACAM MANA NAK HASILKAN SUSU YANG BANYAK?
- Ibu-ibu boleh makan supplement yang ada banyak dipasaran sekarang.
- Disebabkan saya suka & kuat makan, Saya lebih suka makanan semula jadi.
- Contohnya; sup lobak putih dan sup sawi. Sangat serasi dengan saya. Ada yang tanya saya, lobak putih blender jadikan jus ke? Tanpa masak?
- Saya terfikir, mesti yek yek rasanya. Hehe..jangan marah ye..
- Tak lalu la pulak kalau blender jadi jus. Buat sup lagi sedap dan boleh diterima 😊

DAN EXTRA TIPS
1. Semasa mengepam, boleh tengok video keletah baby kita.
- Tak tau la kenapa, chemistry nya, susu makin mencurah-curah. Memang faktor fisiologi dan psikologi mempengaruhi penghasilan susu.
2. Habis sesi mengepam menggunakan alatan mesin, walaupun macam dah kosong, cuba guna tangan pula.
InsyaAllah, kita akan terkejut.
Eh, dari mana susu ni keluar lagi? Hehe..

Setakat ini sahaja perkongsian kali ni.
Kalau ada soalan-soalan lain, boleh ajukan kepada saya.
Nanti saya share dan InsyaAllah, diharap ramai dapat manfaatnya. 😉

-Ayu Anida-

Monday 21 August 2017

Macam mana ni? Bayi tak nak susu ibu

Cabaran 1 : Bayi tak nak menyusu dengan ibu. Lagi suka guna botol, puting tiruan.
Cabaran 2 : Susu tak ada, bayi menangis tak cukup susu.

Pernah tak alami cabaran-cabaran ni?
Atau kenal kawan atau saudara yang mengalaminya..

Sebab saya selalu dengar dan hampir mengalaminya waktu anak ketiga dimasukkan ke dalam NICU

Lepas bayi lahir dan dimandikan, saya terus tak berpeluang pegang bayi saya apatah lagi menyusukan.

Macam yang kita sedia maklum, pengeluaran susu juga bergantung kepada bayi.
Kalau bayi tak menyusu, maka susu pun tak ada.

Bayi saya perlu berpuasa selama 1 hari selepas dilahirkan untuk memantau tahap kesihatannya.

Saya nak juga pam dan supply susu.
Tapi tak berjaya. Tak ada hasil yang boleh diberikan. Sedih. Memang sedih sangat.

Jadi penggunaan fm diperlukan.
Itu, NICU sediakan.
Walau macam mana pun jangan kita sekali-kali beri susu tersebut melalui botol & puting tiruan.
Gunakan sudu atau apa saja alat suap susu bayi yang ada.
Tapi bukan botol dan puting tiruan ye.

Dan kita juga perlu beri bayi menyusu secara langsung/direct.
Walaupun tak ada susu yang keluar. Beri bayi minum juga.
Macam kita tau kan..pengeluaran susu bergantung kepada permintaan bayi.
Tiada permintaan, maka tiada susu.

Bila bayi dah mula nak nangis sebab tak dapat pun minum susu.
So baru beri fm menggunakan sudu.

InsyaAllah, lama kelamaan, kita akan mula menghasilkan susu

-Ayu Anida-

Saturday 19 August 2017

PENYUSUAN SUSU IBU : JANGAN PUTUS ASA

Assalammualaikum.
Pada hari Jumaat yang lepas, saya ada memberi sedikit perkongsian di klinik, sempena Minggu Penyusuan Sedunia (World Breastfeeding Week).

Perkongsian saya sangat ringkas pada waktu itu kerana masa yang sangat singkat dan tiada persediaan.
Memang tak disangka. Adhoc sungguh Hehe 😅

Yang penting, saya harap apa yang saya sampaikan dapat difahami dan diterima oleh para ibu dan bakal ibu pada waktu itu.

Alhamdulillah kepada ibu-ibu yang berjaya menyusukan bayi secara ekslusif.
Tidak kurang juga, ada ibu-ibu yang mengalami cabaran bukan sahaja kepada ibu dengan anak sulung.
Tetapi, kalau sudah dikatakan cabaran, ada juga anak lima pun masih mengalami kekangan sebegini.

Rata-rata cabaran atau masalah utama yang kita dengar adalah disebabkan oleh faktor susu ibu tidak ada.
Atau kurang susu.

Ye, kita ada makanan​ tambahan (supplement) dan makanan semulajadi (contoh; sayuran) yang dapat membantu menambahkan pengeluaran susu.

Walaubagaimanapun, bagi saya, perkara paling penting ialah
JANGAN PUTUS ASA!!
NEVER GIVE UP!!

Semangat kita yang sebenarnya menentukan tindakan yang akan diambil.
Selain itu, sistem badan kita pun akan faham dengan kesungguhan kita.
Dan ingat, stress adalah musuh utama kita.
Bukan sahaja akan menyebabkan pelbagai penyakit.
Susu pun segan nak keluar sebab ibu tertekan.

Ingat ya ibu-ibu..
JANGAN PUTUS ASA
NEVER GIVE UP
InsyaAllah ada rezeki untuk anak-anak kita nanti.

Dan InsyaAllah saya akan kongsikan lebih banyak lagi pengalaman saya dalam dunia penyusuan.
Untuk ibu-ibu bekerja, suri rumah dan ibu yang bekerja di rumah
Sebab ketiga-ketiga versi ni saya pernah alami.

Apa yang bakal saya kongsikan, mungkin bukan SOP yang dikatakan TERBAIK untuk semua orang.
Tetapi lebih kepada pengalaman saya yang mungkin diolah mengikut kesesuaian keadaan saya.

Untuk ibu-ibu juga, SOP atau teknik ini hanya panduan atau guide sahaja tau.
Selebihnya, bergantung kepada kesesuaian kita sendiri.

Sekian buat masa ini.
InsyaAllah kita jumpa lagi di perkongsian seterusnya
Assalammualaikum
Terima kasih :)

-Ayu Anida-