Monday 7 July 2014

EJEN DROPSHIP WANTED

Assalamualaikum..

Kepada Anda Anda dan Anda. Ye, Anda yang nak cuba buat part time business atau side income.
Butik Online Aymanz sentiasa mengalu-alukan Anda yang serious untuk menjadi ejen dropship kami.

Tiada sebarang yuran dikenakan.
Malah kami akan membimbing anda yang masih tidak berapa mengerti apa itu sistem dropship.

Kalau nak bagi mudah faham apa itu dropship, biar saya cuba jelaskan dulu ye.
Ingat tak dulu masa kita kecik-kecik,  kita ikut emak pergi rumah jiran.
Nak tengok orang promote barang guna katalog tupperware atau sabun atau baju ke..
Kalau yang lagi berkenan, pinjam katalog tu bawak balik rumah.

Haa..itu la dropship..
Cuma teknik canggih sekarang ni, kita tak guna la buku katalog tu.
Kita guna gambar-gambar yang disediakan oleh supplier (Butik Online Aymanz misalnya), untuk tujuan promosi.
Suka hati la nak promote kat mana. Blog ke, facebook ke, instagram ke, wechat ke dan macam-macam lagi.
Anda hanya perlu promosi dan sekiranya ada tempahan, kami yang akan uruskan pembungkusan dan pengeposan kepada pelanggan.

Sebelum itu, anda juga perlu memastikan dropship yang anda join tu, bukan kaki tipu.
Kang tak pasal-pasal, anda pula jadi mangsa.
Siapa yang susah?? Mereka dan keluarga mereka.

Itu pengenalan tentang dropship.
So, sesiapa yang minat nak jadi ejen dropship baju muslimah kami, boleh hubungi saya,
Ayu Anida  : 012-4496 396.
Kalau segan nak whatsapp, boleh email : aymanzparadigm@gmail.com

p/s:
Saya pernah beritahu suami, rugi pulak tak buat business ni dari zaman kerja lagi. Lagi senang, time tak ada kelas, boleh update baju.
Suami saya cakap. Masa tu bukan rezeki kita lagi dan waktu tu, business bukan pilihan kita.
   
Saya bersyukur sebab sekarang dah terbuka hati nak buat business. Seronok juga share benda-benda best yang ada.

Terima kasih Ya ALLAH sebab memilih saya dan suami untuk terlihat iklan sifu Dr Azizan Osman di Nasi Lemak Kopi O disuatu hari di kampung.
Kerana disitulah titik permulaannya...




No comments: