Friday 16 January 2015

Cara Buat Balutan Hadiah Kreatif (Corak Kipas)

Assalamualaikum..
Terasa seperti nak share sesuatu yang lain selain daripada baju..hehe
Bahang keseronokan Reunion kawan-kawan sekolah rendah masa akhir bulan Disember 2014 haritu, tak habis lagi..hehe
Selaku salah seorang AJK, saya bertanggungjawab bab-bab sukaneka.
Berat tau tanggungjawab ni..kalau aktiviti tak best..hancuss la program tu..

Kitorang buat konsep family day, memandangkan dah 17 tahun tak jumpa (ada yang last jumpa waktu darjah 6 tahun 1997) dan masing-masing dah ada anak yang lebih-lebih kurang sebaya..

Ini antara aktiviti sukaneka masa hari tu
1. Lari rebut makanan berkhasiat (kanak-kanak).
2. Emak/ayah lari bawa bola ping pong dalam sudu sambil pimpin anak.
3. Lari bawa belon (kanak-kanak).
4. Lawan makan buah-buahan (ibu bapa).
5. Perah air guna span dalam cawan (kanak-kanak)
6. Baling belon berisi air (Acara berpasangan)
7. Lari bawa sudu dalam mulut ada bola pingpong (kanak-kanak)
8. Lari ikat kaki sepasang
9.Baling selipar (Berkumpulan)

Kalau dulu masa kecik-kecik kita ada lari rebut gula-gula kan, yang ni ada modification sikit.
Atas dasar kesedaran kepada gula-gula tu tak elok untuk kesihatan..hehe
So, nak bagi menarik..punya la cari idea..macm mana nak bagi best..
Tup tup terpikir la pasal nak balut makanan tu comel-comel..
Namapun budak2 yang nak lari kan..mesti diorang suke..(confident sangat..kihkih)


Balutan hadiah bentuk kipas
Ini lah makanan berkhasiat yang budak-budak nak kena rebut tu...

Okay, saya kongsikan cara nak balut ye..
Harap-harap ada yang dapat manfaat nanti

1. Ini antara bahan-bahan. Makanan berkhasiatnye, cereal je..hehe
    Pembalut potong memanjang. Saya buat 1 pembalut dapat 2 bahagian dan ada sedikit lebihan. (Agak-agak aje..)

Bahan buat balutan bentuk kipas

2. Buat lipatan bertingkat macm tangga ni. Nak letakkan unsur corak dan konsep kipas giteeww..
Lipatan bertingkat
3. Selotep bahagian belakang dia. Supaya lebih kemas dan takde la dia lari-lari waktu dah siap balut nanti.
Selotep lipatan bertingkat
 4. Balut kotak makanan macam biasa. Dan biarkan bahagian atas tu lebih banyak. Sebab kita nak lipat dia jadi kipas. Lagi panjang, lagi cantik bila kita lipat nanti.
Balut hadiah macam biasa

Lebihkan bahagian atas kertas.
 5. Kertas yang lebih bahagian atas tu, kita leperkan supaya senang kita nak lipat-lipatkan jadi kipas. Leperkan bagi berbucu ye.
Leperkan kertas lebih dibahagian atas
 6. Lipatkan dari bahagian atas menghala kebawah. Buat macam kita nak buat kipas guna kertas.
Lipat lebihan kertas seperti nak buat kipas
 7. Kemudian, hujung dengan hujung bahagian atas tu, kita cantumkan. Akan jadi macm gambar di bawah. Pengalaman saya, kene guna stapler bagi die bercantum. Kalau guna selotep, dia tertanggal balik. Dan bila dah sampai sini, balutan tak siap lagi, tapi dia jadi macam jack in the box. Toing! Toing!!
Cantumkan bucu ke bucu bahagian atas
 8. Celah-celah cantuman tu akan ada ruang. Sebab tadi stapler bucu atas je. So, boleh la masukkan reben (try guna selotep memang tak mau lekat. Guna gam UHU pun tak boleh. Gam gajah tak try pulak). Reben ni pun mencantikkan lagi balutan kita.
Masukkan reben dicelahan kipas
 9. Dah masukkan dicelahan tu..apa lagi. Ikat la..tak kan nak bagi terjuntai pulak..secara tak langsung, kipas tu pun akan rapat / cantum dengan kotak makanan / hadiah dan mengemaskan balutan ni..
Ikat reben balutan
 10. Tadaaa...buat banyak-banyak..jadi la cantik menarik..hehe

Ini ialah hari kejadian..Budak-budak semua tengah berkumpul di garisan permulaan untuk rebut hadiah.
Kesian anak-anak mama. Kanak-kanak yang tak ditemani mak bapak waktu nak lari..
Alhamdulillah mama dah train kat rumah lagi. So diorang dah faham yang mama ni orang kuat sukaneka..hehe


Okay..lain kali kalau ada kelapanagn, boleh la saya share berkenaan aktiviti-aktiviti sukaneka ni..
Dan tugas AJK ni masih belum selesai..
Ada lagi planning untuk memory book. Masih tertangguh memandangkan balik je dari reunion ni, pengarah program kena demam denggi, lepas tu anak die warded sebab cirit-birit dan muntah dan sekarang dia tengah nak buat pembedahan apendik..Mudah-mudahan tabah la beliau dan keluarga dengan dugaan yang ALLAH SWT berikan..Amin..

Apa-apa pun, reunion kitorg ni SUKSESS! SUKSESS!! Alhamdulillah...

No comments: