Friday 31 July 2015

Cerita Viral Fever Semalam

Assalamualaikum..
Cerita pengalaman semalam.
Baby Danish start demam dari ari Sabtu, Isnin, Selasa dan Khamis.
Demam on off.
Saya tak bagi makan ubat sebab Danish baru 3 bulan.
Just control temperature die dengan mandi, pilihan baju yang sejuk dan lap & balut dgn kain lembab.

Tapi hari khamis semalam badan Danish penuh ruam.
Perasan dari malam sebelumnye ade bintik merah dekat tapak kaki.
Ingatkan sebab effect letak bawang putih kat kaki Danish.
Sekali pagi khamis tu nampak penuh ruam. Cuak la.
Terus decide bawak Danish pergi KKIA.
Minta husband balik jage dua lagi hero. Kalau bawak mesti lagi serabut..huhu

Masa bersiap terus sambar baju muslimah nursing friendly + instant shawl from Miss Wish.
Semua pakaian & shawl tak payah iron. Jimat masa

Dekat KKIA masuk ubat kat punggung dan ambil darah.
Alhamdulillah darah ok. Takde denggi atau apa2 yang memudaratkan.
Tapi still kene pergi hospital sebab demam dari sabtu dah total 6 hari. Walaupun on and off

Dah sambil menunggu dekat bahagian emergency hospital, Danish nak santap.
Nak cari nursing room kat mane? Dengan tengah tunggu giliran + ramai orang sangat2.

Alhamdulillah dipermudahkan lagi.
Instant shawl boleh adjust labuh.
Baju memang nursing friendly.
Santap aje la baby dekat ruangan menunggu tu.

Yang penting anak mama selesa + mama pun selesa.
Sempat lagi ada orang tegur macam umur 20an.
Auuww..setiap kali mama pakai shawl ni, ada je orang tegur muka look young giteeww..

Doktor diagnos Danish Viral Fever.
Lagipun abang2 die pun batuk + selsema + demam juga.
Name pun abang2..diorang pun dah sihat.

Balik rumah je..macam2 aduan diterima daripada abang2 ni. Antare yang menarik

Aduan Irfan -
Mama, Abang tak makan ubat batuk lagi ni.
Abang dah bagitau Papa.
Papa ingatkan Abang nak minum air je.

Aduan Zahrin -
Zahrin : Mama..tadi Adik nangiss. Adik nak Mama..
Mama : Zahrin nangis kuat ke
Zahrin : Kuat. Ngee..ngeee..(sambil buat gaye)
Mama : Papa cakap ape. Pujuk tak?
Zahrin : Papa cakap. Pupuk nak?
Mama : Abang cakap ape?
Zahrin : Abang cakap. Sayang Adik

Setelah diselidik cerite Zahrin
Komen Papa : Ntah lupa
Komen Irfan : Mane ade Irfan cakap macam tu

Macam2 la Aiman semua ni. Tak kisah yang besar kecik atau baby.
Semuanya kesayangan Mama

P/s : Sorry gambar outfit semalam tak snap pun.
Mane la sempat nak selfie2..hehe

No comments: